Baru-baru ini perkongsian pelakon Shukri Yahaya menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya bersama isteri Tya Adnan ketika hadir ke tayangan perdana filem Blood Brother.
Menerusi hantaran berkenaan, Tya dilihat tampil berniqab dan berjubah serba hitam pada majlis tersebut sekaligus mencuri tumpuan ramai.
BACA: Tiada Lagi Belakon Pegang Tangan Wanita, Shukri Yahaya Jaga Hati Isteri
View this post on Instagram
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji serta mengagumi penampilan Tya yang mengenakan niqab sejak Februari tahun lalu.
Sementara itu, ramai yang memuji tindakan Shukri meletakkan sticker bagi menutup mata isterinya. Malah, netizen turut memuji Tya dilihat cantik meskipun bertutup litup.
Dalam pada itu, netizen turut memuji Shukri yang hebat dalam mendidik Tya menjadi isteri yang solehah serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga.