Tindakan spontan pelakon Fasha Sandha memeluk suami kepada adik perempuannya iaitu Elisya Sandha ketika majlis gender reveal baru-baru ini dikritik oleh netizen.

Rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Fasha memeluk adik iparnya Uzair Haqimy apatah lagi dengan imejnya yang kini sudah berhijab.

BACA: Fasha Sandha Sebak Anak Nora Danish Masih Anggapnya Seperti Ibu

Memetik mStar Online, Fasha berkata hubungannya dengan Uzair memang rapat apatah lagi mengenali sejak sekolah lagi namun mengakui kekurangan serta kelemahan diri.

Tambah Fasha lagi, dia bukan individu yang layak untuk memberitahu mengenai soal hukum hakam Islam sebaliknya perlu bertanya kepada ilmuwan agama.

“Saya kenal Uzair sejak sekolah lagi. Jadi sudah terbiasa. Kalau nak cakap soal hukum agama, saya bukan orangnya. Itu kena tanya ustaz atau ustazah.

“Saya pun tak pernah cakap saya sudah berhijrah atau sempurna. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam hidup,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×