Shuk Sahar Cerai Isteri Talak Satu Melalui Panggilan Telefon Di Siam

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh selepas satu demi satu pendedahan dibuat di media sosial.

Terbaru, Fara mendedahkan dia telah diceraikan oleh Shuk dengan talak satu menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi.

BACA: Fara Salleh Fail Cerai, Shuk Sahar Asyik Lebihkan Kawan

Menerusi hantaran di Insta Story, Fara memuat naik video memaparkan dia diceraikan Shuk dengan talak satu menerusi panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, panggilan itu didakwa dibuat Shuk Sahar bersama sebuah agensi pernikahan di Thailand.

Sementara itu, Fara turut mempersoalkan tindakan Shuk kerana menceraikannya di Malaysia serta bertanya adakah pelawak itu takut jika dia menuntut nafkah terhadapnya.

“Dasar pengecut Shuk Sahar. Takut ke nak cerai dekat Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ini yang culas ke? Takut bagi nafkah pada anak kau yang sah ini ke? Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin. 

“Aku tetap akan teruskan proses di Malaysia sebab aku nak pengesahan juga di Malaysia. Ada lah yang menghasut suruh ceraikan kat sana (Siam),” tulisnya.

Dalam satu perkongsian lain, Fara turut meluahkan rasa syukur kerana Shuk telah menunjukkan dirinya yang sebenar serta mendakwa pelawak itu sejak dari dari awal tidak suka dirinya hamil.

Terdahulu, Fara mengesahkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, Johor pada Februari lalu.

Fara berkata keputusan itu diambil kerana melihat Shuk tidak lagi berusaha untuk selamatkan rumah tangga mereka serta sudah tidak tahan dengan sikap Shuk yang lebih mengutamakan kawan-kawan.

×