Fattah Amin Dipuji Utamakan Solat Sebelum Rakam Lagu

Sejak bergelar duda ‘terhangat’, apa saja perkongsian mengenai pelakon dan penyanyi, Fattah Amin menjadi perhatian dan bualan ramai di media sosial.

Terbaru, Fattah menjadi perhatian ramai apabila tidak kewajipan sebagai umat Islam meskipun sedang sibuk bekerja.

BACA: Fattah Amin Terkejut Tular Berita Didakwa Bertunang Dengan Amira Othman

@aj_bosss

Behind the scenes (curi rekod) ?#lelakiterakhir #bts #newsong #fyp #foryoupage

? original sound – MZQQZ – MZQQZ

Menerusi perkongsian dari TikTok AJboss, individu itu telah merakam secara ‘senyap’ memaparkan Fattah Amin diliaht sedang menunaikan solat di studio sebelum merakam lagu Lelaki Terakhir.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu tetap mengutamakan solat meskipun sedang bekerja.

Tidak kurang juga, ramai memuji didikan ibu bapa Fattah Amin serta ada mengatakan jika menjaga solat Allah akan sentiasa bersama.

×