Hidayah Rancang Kahwin Kekasih Tahun Depan

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah berkata dia dan kekasihnya, Amsyar Salim ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun bukan dalam masa terdekat.

Memetik Harian Metro, Hidayah berkata dia dan kekasihnya itu masih dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing.

BACA: “Walau Terpisah Dua Dunia, Rasa Cinta Pada Abang Masih Seperti Dulu” – Hidayah

“Saya dan si dia dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin,” katanya.

Sementara itu, Hidayah berkata dia mahu memberi fokus kepada peniagaan produk kecantikannya buat masa ini serta meminta mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan anaknya, Syed Hamzah.

“Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat saya dan anak, Hamzah. Semoga anda semua terus menyokong produk kecantikan saya,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai perkongsian Amsyar yang memuat naik fotonya bersama Hidayah sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Diruangan komen, ada yang tumpang bahagia melihat Hidayah serta menitipkan pesanan buat jejaka itu supaya menjaga dan menyayangi Hidayah serta anaknya.

SUMBER: Harian Metro

×