Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menjadi perhatian ramai apabila memaparkan pempengaruh media sosial, Cik B.
Menerusi video dikongsikan itu, Cik B dilihat sedang mempromosikan kurma yang dijual oleh Aliff Syukri dan Shahida sempena bulan Ramadan bakal tiba.
BACA: Azam Tahun Baru Tercapai, Cik B Dah Dapat Kawan Sekufu
@shahidadherbs2 Cik B ni penggemar kurma ya. Suka sangat makan kurma. Mama bagi lagi dia rasa Kurma mama ni. Tak terkata sedapnya
Namun apa yang lebih menjadi perhatian penampilan Cik B yang dilihat manis mengenakan baju kurung berwarna merah jambu.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Cik B yang dilihat ayu berbaju kurung dan semakin cantik. Malah, ramai yang melihat Cik B berbaju kurung dilihat cantik seperti ibunya, Datuk Seri Vida.