Pelawak Shuib Sepahtu meluahkan rasa terkilan apabila anaknya, Talita menjadi mangsa kecaman netizen sejak aktif menyanyi.
Menerusi komen yang dimuat naik semula oleh Shuib, individu itu mengatakan Talita ‘acah-acah retis’ dan suaranya juga tidak bagus.
BACA: Shuib Bangga Hampir 4,000 Peminat Hadir Tonton Mini Konsert Talita
Malah, individu itu turut menuduh Shuib menggunakan anaknya disebabkan perniagaannya semakin merudum.
Tidak hanya berdiam diri, Shuib berkata dia tidak kisah jika dirinya dikecam namun jangan ‘sentuh’ mengenai anaknya kerana Talita masih muda dan baru masuk dalam industri nyanyian.
Sementara itu, Shuib berkata anaknya baru mula belajar untuk mencari duit sendiri dan mengajak individu itu untuk bersemkuka dengannya serta bercakap depan-depan.