“Saya Menahan Sakit Merindui Awak, Kerinduan Yang Tak Pernah Reda”

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim meluahkan rasa rindu buat anak perempuannya Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-17.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azrinaz bagaimanapun terharu melihat anaknya itu membesar sebagai insan hebat dan seakan mengikuti perwatakan dirinya.

BACA: Azrinaz Mazhar Hamil Anak Keempat Pada Usia 42 Tahun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

“17 tahun berlalu tetapi rasanya seperti baru semalam. Saya menahan sakit merindui awak selama ini, kerinduan yang tidak pernah reda.

“Melihat awak membesar menjadi seorang insan yang luar biasa seperti melihat cerminan diri saya, awak adalah saya dan saya adalah awak,” katanya.

Sementara itu, Azrinaz berharap puterinya itu lebih maju kehadapan serta memuji kecantikan anak gadisnya itu.

“Dalam kelas tersendiri, kecantikan awak tidak pernah berhenti memukau saya. Terbang tinggi puteri kesayangan. Saya bangga memanggil awak milik saya,” tulisnya.

Terdahulu, Azrinaz pernah bergelar menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Ameerah, Azrinaz mempunyai seorang lagi cahaya mata bersama Sultan Brunei bernama Pengiran Muda Abdul Wakeel.

×