Didakwa hidup mewah kerana dibela orang kenamaan (VIP), pelakon Scha Elinnea menafikan tuduhan berkenaan serta tidak pernah terlibat dengan perkara sedemikian.
Memetik Kosmo, Scha berkata dia wanita berdikari serta mempunyai kerjaya sendiri tanpa perlu mengharapkan ditanggung oleh orang lain.
BACA: “Asalkan Tak Kacau Orang…” – Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka
“Isu ini bukan baru, sejak dulu lagi orang berkata tentang hal yang tidak benar ini. Tuduhan ini adalah satu fitnah. Alhamdulillah saya tidak pernah terlibat dengan perkara seperti ini dan tak pernah teringin pun,” katanya.
Sementara itu, pelakon berusia 26 tahun itu berkata dia tidak berbuat demikian apatah lagi memberikan wang dari sumber yang haram kepada ibu bapanya.
“Saya masih ada ibu dan bapa. Sebagai anak takkanlah saya nak bagi duit daripada sumber yang haram kepada ibu bapa kita. Saya bersyukur kerana memiliki ibu dan bapa yang sangat memahami saya,” katanya.
Dalam pada itu, Scha berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah tersebut berterusan.
SUMBER: Kosmo