Pelakon Zahnita Wilson menafikan tuduhan suaminya, Abdul Zachery yang mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Memetik Kosmo, Zahnita mengakui dia belajar sukan muay thai tetapi menjelaskan ianya untuk mempertahankan diri serta mengatakan bahawa dia tidak pernah memukul suaminya.

BACA: “Dia Cuba ‘Muay Thaikan’ Saya” – Suami Zahnita Dedah Jadi Mangsa Ganas Isteri, 20 Tahun Sabar

“Saya menafikan segala tuduhan tersebut, saya tak pernah pukul dia (suami). Ya, saya memang belajar muay thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk tujuan mempertahankan diri.

“Saya akan menghadiri sesi latihan muay thai tidak lama lagi. Ada yang mahu turut serta atau sesi ‘one-on-one’?” katanya.

Terdahulu, Zackery mendakwa tuduhan dia memukul Zahnita tidak benar sebaliknya dia mempertahan diri daripada perlakuan ganas isterinya.

Zackery juga mendakwa sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap isterinya yang setiap tahun minta untuk diceraikan.

Dedahnya lagi, pergaduhan mereka pada November tahun lalu tercetus apabila Zahnita menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya serta mendakwa sejak isterinya memulakan perniagaan dia mula mengabaikan kebajikan anak-anak.

SUMBER: Kosmo

×