Suami kepada Zahnita Wilson berkata dia sedia untuk menceraikan isterinya selepas pelakon itu memfailkan cerai terhadapnya pada 3 Disember tahun lalu.
Memetik mStar Online, Abdul Zackery Ghouse bagaimanapun berkata dia meletakkan beberapa syarat sebelum melafazkan talak ianya termasuk hak penjagaan dan kebajikan empat anak mereka.
BACA: “Dia Cuba ‘Muay Thaikan’ Saya” – Suami Zahnita Dedah Jadi Mangsa Ganas Isteri, 20 Tahun Sabar
“Saya sedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi. Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh cerai secara baik. Saya dah tak mahu gaduh dengan dia tapi saya minta kami sama-sama menjaga anak-anak itu saja,” kaanya.
Susulan proses perceraian mereka, mahkamah memerintah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas kedua belah pihak gagal mencapai kata sepakat.
Apabila ditanya sama ada JKP dapat menyelamatkan rumah tangganya, Zackery tidak menolak kemungkinan tersebut demi anak-anak mereka.
“Selepas apa saya lalui, agak berat untuk saya lupakan atau memaafkan dia. Tapi tidak juga, kita hanya manusia biasa. Mungkin saya akan maafkan dia demi anak-anak kami,” katanya.
Sementara itu, Zachery menafikan kehadiran orang ketiga punca keretakan rumah tangga mereka seperti didakwa Zahnita. Dakwanya lagi, Zahnita pernah curang 10 tahun lalu dan pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan.
“Kalau nak cakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016 isteri saya yang ada orang ketiga. Kami pernah melalui proses cerai dan ketika itu dia keluar dari rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.
“Anak perempuan saya sendiri yang beritahu ibunya keluar dengan lelaki…Apabila saya cuba berbincang isteri bawa lari anak-anak kami,” katanya.
Petang tadi, suami Zahnita mengejutkan ramai apabila mendedahkan menjadi mangsa keganasan isterinya serta mendakwa tuduhan dia memukul Zahnita tidak benar.
SUMBER: mStar Online