KPN Rasmikan Skuad Ihsan Madani, Siap Sedia Bawa Vibes Baru!

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) siap siaga membantu mangsa banjir dengan mengaktifkan Skuad Ihsan Madani yang dianggotai seramai 80 sukarelawan daripada kalangan pegawai, kakitangan KPN, jabatan dan agensi dibawahnya.

Majlis pelancaran Skuad Ihsan MADANI KPN telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara hari ini.

Skuad ini merupakan tulang belakang KPN dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif perpaduan, termasuklah penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ia juga selaras dengan visi MADANI iaitu memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Tidak hanya tertumpu kepada usaha-usaha perpaduan, pasukan ini juga sebagai medium untuk mendekati komuniti secara langsung dan menawarkan bantuan secara cekap serta menyeluruh.

Sebagai simbolik pelancaran inisiatif ini, YB Datuk Aaron telah menyerahkan Kain Rentang Skuad Ihsan MADANI kepada lima orang wakil sukarelawan daripada KPN, jabatan dan agens.

Dengan adanya Skuad Ihsan MADANI KPN semua kementerian, jabaran dan agensi telah mewujudkan Pasuka Sukarelawan yang bersedia untuk diatur gerak dalam misi bantuan pasca banjir, berdasarkan arahan dari penyelaras misi dan phial berkuasa.

×