Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin berhasrat mahu memudahkan urusan pempengaruh media sosial, Khairul Aming dalam memberikan bantuan buat mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi video dikongsikan di media sosial, memaparkan perbualan diantara Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Ameer Ali Mydin dengan Khairul Aming.
BACA: Pentingkan Keberkatan, Khairul Aming Tolak Review Makanan Tak Sedap
Terima kasih Mydin memudahkan urusan bantuan KA & team. ??? pic.twitter.com/QAR6ctenIs
— ?? (@localrkyt) December 1, 2024
Dalam panggilan tersebut, Datuk Ameer memberi kebenaran buat Khairul dan pasukannya untuk mengambil setiap barang keperluan buat mangsa banjir tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.
“Awak boleh ambil barang seberapa banyak yang awak mahukan. Tak perlu hantar orang nak bayar guna kad kredit ke apa.
“Awak cuma berikan pada saya berapa limit belanja dalam RM20,000 ke Rm50,000 atau pun RM100,000. Lepas habis banjir nanti awak bayarlah, takpe. Kita percaya Khairul Aming,” katanya.
Sementara itu, Datuk Ameer turut menyumbangkan barangan dari pasarayanya berjumlah RM5,000 kepada mangsa banjir menerusi inisiatif Mydin Prihatin.
“Saya sumbangkan lagi RM5,000 barang kepada Mydin Prihatin,” katanya.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut menitipkan ucapan terima kasih di atas bantuan diberikan buat Datuk Ameer dan pengasas Mydin itu juga turut membalas dengan ucapan terima kasih juga atas usahanya.