Ruhainies Gembira Ramai Pengikut Sertai Misi Selawat 40 Hari

Pelakon sensasi Ruhainies meluahkan rasa gembira apabila ramai pengikutnya di media sosial turut menyertai misi berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies berkata dia kini sudah memasuki hari ke-33 dan mengakui kehidupannya alami perubahan dan bertambah baik.

BACA: Belanja Lurah, Netizen Harap Misi Selawat 1,000 Kali Ubah Ruhainies

Menurut Ruhainies lagi, dia turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendapat kebaikan daripada amalan tersebut namun dia tidak memaksa untuk melakukannya sebaliknya perlu dilakukan dengan kerelaan hati.

“Alhamdulilah, seronoknya ramai yang dah start. Ada yang 10 hari, 5 hari, 2 hari dan baru nak mula hari ini pun ada. Jom korang kita rasa sama-sama, Anis tak nak kedekut sorang-sorang. Nak korang pun rasa juga apa yang Anis rasa.

“Sudah semestinya tiada paksaan pada sesiapa ya, hanya yang ingin rasa perubahan tu, dialu-alukan sebab janji Allah itu pasti,” katanya.

Terdahulu, ada segelintir netizen mempertikaikan misi pelakon itu yang mahu berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Bagaimanapun, ada netizen berharap dengan misi selawat tersebut dapat mengubah Ruhainies untuk tampil lebih sopan selepas ini.

×