Jamal Abdillah Rasa Belum Layak Terima Biduan Negara

Sudah lima dekad berada dalam industri seni, penyanyi Datuk Jamal Abdillah berpendapat dirinya belum layak untuk dinobat sebagai Biduan Negara.

Memetik Harian Metro, Jamal berkata beliau menganggap pengiktirafan itu terlalu tinggi untuk diterima dan mungkin belum masanya untuk anugerah berkenaan.

BACA: “Ramai Goda Tapi Saya Tunduk, Terus Jalan Balik Rumah” – Jamal

“Belum lagi rasanya, mungkin setahun dua lagi. Apapun setiap pengiktirafan yang diterima perlu melihat berdasarkan penglibatan dan pengorbanan kita dalam industri seni.

“Saya bersyukur kalua ada, namun tidak mengharapkan sangat kerana penghormatan itu terlalu tinggi untuk diterima,”katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai pengiktirafan yang diterima Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara, Jamal tidak tahu menahu mengenai anugerah berkenaan.

“Saya belum dapat maklumat lagi mengenai pengiktirafan itu. Saya tak tahu siapa yang memilih dan dipilih oleh siapa. Jadi saya tak boleh nak komen apa-apa,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×