“Buka Tudung? Tak Mungkin Akan Terjadi”

Pelakon Nur Fazura menolak permintaan segelintir peminatnya yang ingin melihatnya kembali dengan gaya penampilan terdahulu kerana dipuji lebih cantik tidak berhijab.

Menerusi sesi live di Instagram, Fazura berkata perkara itu tidak akan terjadi serta meminta peminat mendoakan dirinya terus istiqamah dalam berhijab.

BACA: “Iddah Tak Habis Lagi Nak Kahwin Macam Mana?” – Fazura Dilamar Ketika Live

“Disebabkan penampilan dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu, ramai yang menghantar mesej kepada saya meminta untuk buka tudung semula.

“Tidak mungkin akan terjadi. Mudah-mudahan doakan semoga dijauhkan daripada itu. Masa itu sudah berlalu,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura turut mengakui karya tersebut merupakan filem kegemarannya.

SUMBER: HibGlam

×