Pelakon Farid Kamil ketika ditemui di mahkamah semalam berkata dia lebih teruja berkongsi mengenai ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Aurora yang kesembilan.
Memetik HibGlam, Farid berkata tahun ini anaknya hanya mahukan hadiah paling istimewa iaitu dirinya serta meminta orang ramai mendoakan buat Aurora.
BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Masih Suami Isteri
“Selamat hari jadi saya ucapkan dan mahu minta semua orang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Aurora.
“Saya harap orang beri doa-doa yang terbaik buat anak saya Nur Aurora Robe’ah. Semoga dia diberkati dan dirahmati Allah SWT. Dia nak hadiah paling mahal iaitu diri saya,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai penampilannya yang mengenakan songkok berlilit reben putih, Farid enggan menjawab serta mengatakan dia mahu ambil anaknya balik dari sekolah.
“Ada nampak ‘handsome’(kacak)? Sebenarnya, hari ini saya sangat bersyukur. Saya nak pergi ambil anak saya dari sekolah untuk menyambut hari lahirnya. Rahsia (sambutan hari jadi). Yang penting mestilah sambut di tempat paling romantik,” katanya.
Dalam pada itu, Farid meluahkan rasa syukur urusan untuk bertemu anak-anak dipermudahkan dan baru sahaja berjumpa kedua-dia anaknya pagi tadi.
“Jumpa anak-anak tiada masalah. Kami dapat bertemu seperti biasa. Kali terakhir saya jumpa mereka pun hari ini. Aurora dan Muhammad, Alhamdulillah mereka dalam keadaan baik-baik sahaja,” katanya.
SUMBER: HibGlam