Pertama Kali Ina Naim & Suami Live Di TikTok Dapat 2 Juta Likes

Jumaat lalu, penyanyi Ina Naim kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Khairul.

Semalam, pasangan itu menjadi perhatian ramai apabila pertama kali muncul bersama dalam siaran langsung di TikTok.

BACA: Anak Sulung Ina Naim Menangis Sebak Lihat Ibu Nikah

Pada awalnya, suami Ina dilihat malu-malu apabila memperkenalkan diri kepada penonton. Siaran langsung selama sejam itu mendapat dua juta likes serta 30,000 tontonan.

“Inilah Khairul Rizal yang dikatakan datuk…belum datuk lagi,” katanya.

Sementara itu, Ina dan suami turut mengucapkan terima kasih buat pengikut yang memberikan ‘gift’ serta yang mendoakan buat mereka.

“Terima kasih mendoakan dan memberi gift kepada kami, tak elok pula nak hentikan live tapi ada masih nak beri hadiah,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×