Pelawak dan usahawan Shuib menerima pelbagai fitnah susulan isu didenda RM17,500 kerana gagal membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja pada tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, isteri kepada pelawak itu iaitu Watie Hanifiah tampil mempertahankan suaminya dengan mengatakan Shuib sudah bertahun tidak mengambil gaji.

BACA: “Tunai Umrah Guna Duit Perkeso, Itu Fitnah Luar Biasa”

“Dia sudah bertahun tak ambil gaji malah setiap bulan tambah duit poket sendiri untuk bayar gaji pekerja,” katanya.

Malah, Watie berkata Shuib juga turut mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar gaji pekerja. Dalam pada itu, Watie juga memaklumkan bahawa punca berlakunya masalah tersebut adalah kerana pengurusan terdahulu.

×