Perkongsian pelakon Nadia Brian di Threads dia sudah penat menjadi pilihan kedua dalam perhubungan dan masih mencari cinta menjadi perhatian ramai.
Memetik mStar Online, Nadia berkata perkongsian itu hanyalah luahan hati sebagai wanita single dan tiada kaitan dengan mana-mana individu.
BACA: “Takde Siapa Ke Suka Saya?” – Nadia Brian Harap Jumpa Lelaki Ikhlas Terima Seadanya
Menurut Nadia lagi, dia masih belum mempunyai teman lelaki dan tidak tahu bilakah akan jumpa dengan cinta sebenar serta meminta mendoakan yang baik-baik.
“Itu luahan hati. Iyelah, sekarang ini asyik berkawan dan tidak tahu bila fasa bercinta akan datang.
“Sekarang ini saya masih tidak ada teman lelaki, cuma kawan-kawan sahaja. Saya tidak tahu bila nak jumpa cinta sebenar. Doakan yang baik-baik, saya ‘target’ mahu berkahwin sebelum saya usia 35 tahun,” katanya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Threads, Nadia turut berkongsikan mengenai keperibadian lelaki yang membuatkan dia tertarik antaranya bertanggungjawab serta tidak meninggalkan solat.
SUMBER: mStar Online , ohmymedia