Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin menegur tindakan segelintir isteri yang suka memeriksa telefon suami mereka.
Menjawab pertanyaan daripada netizen di Insta Story, Syifa berkata dia rimas dengan tindakan isteri melakukan sedemikian dan ianya perkara tidak sihat.
BACA: Syifa Melvin Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Pilih Nama Saif Sulaiman
“Periksa periksa telefon ini aku rimas betul tahu. Tak kiralah yang dah berkahwin atau belum berkahwin, kamu ingat benda ini sihat ke? Tak payah nak periksa kalau dia buat benda tidak elok, ada banyak cara lain lagi Allah akan tunjuk.
Kata Syifa lagi, tindakan itu boleh membuatkan lelaki tertekan kerana berpendapat isteri tidak percayakan mereka dan mereka mungkin akan melakukan perkara tidak baik dibelakang isteri.
“Lagi kamu periksa lagi dia rasa kamu tak percayakan dia, lepas tu dia tertekan dan buat betul betul benda yang tak elok di belakang kamu nanti.
“Puncanya, sebab sentiasa curiga. Jangan cari penyakit. Jaga mental sendiri tetapi bukan dengan cara macam itu,” tulisnya.