Pelakon Ruhainies berkongsikan dia kini dalam misi berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari dan semalam baru hari ke 18 dia melakukan misi berkenaan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies turut mengajak orang ramai terutama golongan wanita untuk sama-sama melakukan amalan tersebut.
BACA: “Dia Ingat Majlis Konvokesyen Ke Dapat Bunga?” – Netizen Sindir Ruhainies
“Saya dalam misi selawat 1000 sehari dalam 40 hari. Hari ini baru hari ke-18. Jom buat sama-sama. Kita perempuan kalau cuti pun boleh selawat,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies turut memuat naik gambar dengan tasbih digital berwarna hitam di jarinya serta mengatakan dia obses dengan tasbih berkenaan.