“Isu Nafkah RM500, Dulu Saya Memang Tak Berduit”

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak terkesan apabila isu nafkah RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya, Noor Nabila diungkit oleh netizen.

Menerusi sesi siaran langsung, Sharnaaz berkata semua orang tahu mengenai hal nafkah itu dan dia tidak pernah peduli dengan perkara negatif di media sosialnya.

BACA: “Aliff Aziz, Engku Emran Aku Reject” – Sharnaaz Ahmad Seloroh Pasal ‘Persatuan Duda’

“Tentang perempuan itu, saya tak kisah pun sebab banyak sahaja komen sebegitu sebelum ini. Saya tidak terkesan dan semua sudah tahu tentang isu nafkah RM500 tersebut, itu zaman bila?

“Dia cakap benda itu pun tak menggores hati dan sekarang hidup saya pun gembira. Rezeki Allah SWT beri hari banyak dan Alhamdulillah boleh beri lebih pada anak,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata netizen yang mengungkit kisah lamanya itu mungkin mempunyai masalah berkaitan kesihatan mental.

“Sebenarnya perempuan itu turut kacau semua orang, bukan saya sahaja. Dia memang suka cari masalah dengan orang, berani melawan dan tak takut.

“Mungkin dia ada sedikit masalah di sini (mental) cuma harap dia jangan guna gambar anak bila nak cakap negatif tentang orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata setiap manusia pernah melalui zaman kejatuhan namun dia bekerja keras untuk mencapai kejayaan pada hari ini.

“Orang tak nampak siang malam saya usaha mencari duit. Dahulu mungkin saya tak berduit. Biasalah, hidup setiap manusia macam roda, kalau rasa hidup di atas sahaja, ada masalahlah itu,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz membidas seorang netizen yang meninggalkan komen berbaur sindiran berhubung isu bayaran nafkah.

SUMBER: Kosmo

×