Ina Naim Selamat Nikah Dengan Jurutera

Penyanyi, Ina Naim selamat bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan seorang jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor awal pagi tadi,

Memetik Harian Metro, Ina sah bergelar isteri Khairul dengan sekali lafaz tepat jam 9.50 pagi di kampung halamannya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.

BACA: Ina Naim Tak Boleh Menjanda Lama-Lama, Perlu Suami Untuk Bimbing Anak-Anak

Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd Naim Samijan.

Ina dilihat anggun mengenakan persalinan tona nude itu menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin sertawang hantaran sebanyak RM7,000.

Majlis pernikahan yang diadakan sederhana itu dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang kampung.

Terdahulu, Ina mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Suhaimi Saad pada Ogos 2007. Pasangan itu  dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Bagaimanapun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

SUMBER: Harian Metro

×