Pelakon Puteri Sarah mengkaui terkejut apabila mendapat tahu rakan selebritinya, Diana Danielle membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya yang juga aktor, Farid Kamil.
Memetik Astro Gempak, Puteri Sarah berkata dia tidak tahu mengenai keputusan Diana Danielle meskipun mereka ada bekerjasama pada minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) dimana ianya sehari sebelum pengumuman Diana itu.
BACA: Puteri Sarah Bangga Syaikhul Raih Keputusan Cemerlang, Markah Pendidikan Islam 100 Peratus
“Saya memang tak tahu apa-apa… kita datang sini, buat latihan dan persembahan sahaja. Saya sendiri pun terkejut,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah berkata dia masih belum menghubungi Diana Danielle kerana mahu memberi ruang kepada aktres tersebut.
“Buat masa sekarang, saya memilih untuk tidak menganggu dia (Diana). Kalau dia rasa, dia sendiri yang nak hubungi saya dan bercerita, dia akan hubungi saya. Saya akan memberi ruang kepada dia,” katanya.
Umum mengetahui, hari ini Diana memfailkan perceraian dan pendaftaran rujuk terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
SUMBER: Astro Gempak