Fattah Amin Dapat Hadiah Kereta Lamborghini, Netizen Tumpang Gembira

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan pelakon Fattah Amin dikatakan menerima hadiah sebuah kereta mewah, Lamborghini daripada sebuah kedai emas.

Menerusi video itu, Fattah dilihat memeluk seorang lelaki yang memberikan kunci kepadanya kemudian aktor itu memandu sebuah Lamborghini berwarna ungu.

BACA: Berat Badan Susut 3 Kg, Fattah Amin Sibuk Kerja Sampai Makan Tak Teratur

@allfendstudio

perghh serius lah kedai emas ni bagi fattah hadiah ni perghhh luas betul rezekinya… #emassyamsul #allfendstudio #afs

? original sound – ALL FEND STUDIO – ALL FEND STUDIO

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat pelakon itu apatah lagi menerima banyak rezeki selepas bercerai dengan aktres, Nur Fazura.

Malah, ada netizen mengatakan ianya rezeki buat Fattah selepas menginfakkan wang komisen RM90,000 yang diterima daripada syarikat kambing perap popular.

×