Penyanyi dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa syukur tidak mengalami alahan atau mengidam pelik-pelik sepanjang kehamilan anak pertamanya.
Memetik HibGlam, Nabila berkata dia mengakui menantikan momen mengidam pelik-pelik seperti yang dilalui wanita lain.
BACA: Hamil 6 Bulan, Nabila Razali Cepat Penat & Rasa Nak Tidur
“Setakat ini saya tidak mengidam yang pelik-pelik. Cuma itulah saya teringin nak makan burger Ramly dan kek, semuanya benda mudah cari.
“Saya pun teringin juga nak mengidam perkara macam bau tayar ke, saya pun menanti perkara-perkara itu tetapi belum rasa lagi,” katanya.
Sementara itu, Nabila berkata dia mengambil masa untuk umumkan berita kehamilan kerana mengikut pesanan orang tua.
“Saya banyak mendengar petua orang tua, seelok-eloknya kita simpan berita kehamilan dulu sampai satu tempoh masa sebelum umumkan kepada semua.
“Sebenarnya saya mahu mengambil masa untuk mengumumkan kehamilan ini tetapi disebabkan ramai yang sudah bertanya dan ada yang komen dalam media sosial, saya pun tidak mahu biarkan orang buat spekulasi sendiri.
“Saya rasa lebih baik begitu dan disebabkan itu saya umumkan kehamilan awal bulan ini. Itu pun sudah memasuki penghujung trimester kedua,” katanya.
Awal Oktober ini, Nabila mengumumkan sedang hamil anak sulung yang dijangka dilahirkan pada awal Januari depan.
SUMBER: HibGlam