Berat Badan Susut 3 Kg, Fattah Amin Sibuk Kerja Sampai Makan Tak Teratur

Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.

Memetik Media Hiburan, Fattah berkata berkata dia dan Fatima melakukan pelbagai aktiviti bersama serta membawa bertemu ahli keluarga termasuklah datuk serta neneknya.

BACA: “Tak Kisah Jual Kambing, Lembu Atau Ayam, Yang Penting Rezeki Halal” – Fattah Amin

“Dia gembira bila dapat jumpa daddy dia. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan permainan. Saya juga turut bawanya isi masa dengan ahli keluarga saya yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkongsikan jadual kerjanya yang padat menyebabkan berat badannya susut kerana makan tidak teratur. Katanya lagi, jadual kerjanya sudah penuh sehingga Februari tahun hadapan.

“Jadual saya sudah penuh, tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai bulan Februari 2025, alhamdulillah.

“Nampak susut mungkin sebab kesibukan kerja juga, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan

×