Selepas mengumumkan bersara dari dunia lakonan, pelakon Hairul Azreen dipilih menjadi pemain profesional sukan atas talian pasukan Selangor Red Giants Esports.
Menerusi perkongsian di TikTok Hairul meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk menyertai pasukan itu dan akan melakukan yang terbaik.
BACA: Anak Menangis Nak Jumpa, Hairul Azreen Bawa Lee Zii Jia Datang Rumah
@hairul_azreen88 Alhamdulillah selepas saya berhenti belakon now sy di pilih utk menjadi pro player team gergasi Merah Kuning @Selangor Red Giants Esports Mid lane player, simpanan , i will try my best , see you guys Feb 2025
Alhamdulillah selepas saya berhenti belakon now sy di pilih utk menjadi pro player team gergasi Merah Kuning @Selangor Red Giants Esports.
“Saya sebagai pemain lorong tengah, simpanan. Saya akan lakukan yang terbaik. Jumpa pada Februari 2025 nanti,” tulisnya.
Perkongsian Hairul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja dengan khabar gembira itu serta turut memberikan sokongan penuh terhadap Hairul.