Baru-baru ini, staf jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western yang dikenali sebagai Una berkongsi pengalamannya  ketika melakukan sesi siaran langsung bersama pelakon Fattah Amin.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Una menjawab pertanyaan netizen mengenai perkara itu dan mengakui aktor itu sememangnya kacak.

BACA: Rezeki Mencurah-Curah, Fattah Amin Promosikan Tuisyen SPM Pula

@ayuuariffin84

Berdegup jantung ku,bila fattah melihat ku ??? ? #fyp #Una #fattahamin #pakmatwestern #artist #viral #fyppppppppppppppppppppppp

? original sound – Ayuu84 – Ayuu84

Malah, Una berkata dia sukar untuk bercakap apabila berdepan dengan Fattah kerana renungan mata aktor kacak itu.

“Bukan setakat ‘handsome’ tapi helok. Saya tak boleh nak bercakap secara berdepan sangat dengan Fattah sebab renungan mata dia. Bila dia bagi renungan mata dia macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’,” katanya.

Turut menjadi perhatian apabila Una menyanyikan lagu ‘Ah! Rindu Lagi’ namun ditukar diliriknya sekaligus menghiburkan netizen.

“Tak adalah cair, biasa ja perasaan itu. ‘Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku.’” katanya.

Terdahulu, Fattah mencuri tumpuan apabila berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok.

×