Banyak Buat Dosa & Maksiat, Zoey Rahman Bakal Tunai Umrah Kali Ke-10

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman memaklumkan dia bercadang untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember depan serta berharap Tuhan menerima amal ibadahnya.

Memetik Astro Gempak, Zoey berkata dia mengakui takut dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan dan meskipun pemergiannya ke Tanah Suci buat kali ke-10 namun dia tidak mendabik dada.

BACA: Tak Peduli Kritikan, Zoey Rahman ‘Buat Muka’ Demi Kepuasan Diri

“Saya harap Tuhan terima amal ibadah saya. Banyak dosa dan maksiat telah saya lakukan.

“Banyak sangat dosa dan maksiat yang saya lakukan, jadi memang saya mengharapkan ibadah saya diterima di sana. Apa pun saya anggap ini semua rezeki saya untuk buat amal di rumah Allah,” katanya.

Sementara itu, Zoey berkata dia tidak menyangka dijemput ke Tanah Suci pada tahun ini namun menyifatkan ianya rezeki buat dirinya.

“Saya tahu saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Seperti yang saya katakan, banyak dosa-dosa saya. Tetapi itulah dinamakan rezeki. Kalau kita tidak dijemput, belum tentu insan seperti saya dapat kembali sekali lagi ke tanah suci,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×