Pelakon Pekin Ibrahim berkata hantarannya mengenai aktor Fattah Amin sebelum ini merupakan inisiatif untuk membantu hubugan dengan bekas isterinya, Nur Fazura.
Memetik HibGlam, Pekin berkata dia tidak kisah dikecam dan niatnya hanya untuk membantu menjernihkan keadaan.
BACA: “Tak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Gatal, Cerita Hal Wanita” – Pekin
“Kecaman itu perkara biasa, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Manalah tahu kalau Fazura terbaca, dia boleh menilai semula keputusannya.
“Ini perkara baik sebab saya tak mahu lihat rakan-rakan bercerai-berai dan mahu mereka kembali bersama. Namun, hanya mereka lebih tahu situasi sebenar,” katanya.
Sementara itu, Pekin berkata dia tidak percaya dengan dakwaan Fattah pernah berlaku curang seperti didakwa bekas isterinya sebelum ini.
“Sebagai kawan, saya nak beritahu perkara positif sahaja. Bila ada yang dakwa Fattah curang, memang tak percaya sebab saya kenal dia macam mana. Saya buat hantaran tersebut agar orang tahu perangai sebenar Fattah,” katanya.
Dalam pada itu, Pekin menafikan dakwaan sokongannya berat sebelah iaitu kepada pihak Fattah sahaja. Katanya lagi, dia tidak akan pertahankan Fattah jika ada perangai tidak elok.
“Saya kenal mereka, malah pernah berlakon dengan Fazura tetapi lebih rapat dengan Fattah. Sudah tentu saya akan pertahankan kawan sendiri.
“Kalau dia ada perangai yang tidak elok, saya tak akan pertahankan pun. Saya tahu dia macam mana. Sebab itu saya yakin Fattah bukan orang yang sebegitu (curang). Orang lain pun tahu perangai Fattah macam mana. Dia memang budak baik,” katanya.
SUMBER: HibGlam