Syafiq Kyle Tak Rasa Kemenangan Dirampas, Aedy Ashraf Layak Menang

Pelakon Syafiq Kyle berkata dia tumpang gembira dengan kejayaan Aedy Ashraf yang merangkul trofi Pelakon Aktor Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

Memetik Oh Bulan, Syafiq berkata, dia ada menghubungi Aedy dan mengucapkan tahniah diatas kemenangan rakannya itu apatah sudah lebih 20 tahun di dalam industri.

BACA: Amelia Henderson Takkan Kembali Semula Bersama Aedy Ashraf

“Alhamdulillah, saya gembira atas kemenangan Aedy dan dia pun dah terlibat dalam industri seni lebih dari 20 tahun dah. Saya ada berhubung dengan dia dan dia pun kata dia gembira dengan kemenangan ini,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai respon netizen yang beranggapan dia lebih berhak memenangi trofi tersebut, Syafiq berkata ia adalah rezeki buat Aedy.

“Ini semua adalah rezeki. Setiap anugerah dalam negara ini, semuanya kawan-kawan kita juga yang tercalon. Begitu juga dengan anugerah yang ada, saya tak boleh kawal siapa tercalon, siapa yang menang.

“Yang kita boleh kawal ialah pandangan kita kepada anugerah yang dipertandingkan. Kita boleh beri sokongan dan galakkan dan ucapkan tahniah kepada pemenang,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq berkata tiada istilah Aedy merampas kemenangan tersebut kerana dia tidak pernah memenangi kategori berkenaan sebelum ini.

“Saya tak rasa pun kemenangan itu dirampas sebab saya tak menang apa-apa pun. Untuk saya, dah tercalon untuk Top 5 bagi kategori tersebut pun saya dah bersyukur. 

“Apatah lagi tercalon sebaris bersama selebriti senior. Tak ada langsung rasa fasal kalah ke menang, sesiapa sahaja yang dinobatkan sebagai pemenang saya tumpang gembira,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan

×