Perkongsian pelakon Idzham Ismail menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran Insta Story memaparkan dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Klang, Selangor.

Susulan perkonsiannya yang menjadi tanda tanya itu, Idzham berkata dia memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai hantarannya itu.

“Untuk setiap pertanyaan tentang kandungan story IG saya tu, saya tak boleh cerita detail.

“Masih dalam proses. Cuma saya minta doakan terbaik buat anak-anak saya, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, di aplikasi TikTok Idzham ada memuat naik video memaparkan koleksi gambar bersama keluarganya dengan kapsyen ‘terima kasih 8 tahun’.

@idzham_ismail

Terima kasih 8 tahun ??

? Jeritan Hati CUT ZUHRA – CERITA CINTA

Idzham telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pada Ogos 2016 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

×