Fattah Dapat Hak Lawatan Bertemu, Bermalam Dengan Fatima

Peguam syarie yang mewakili pelakon Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan akan memfailkan kes baharu berkaitan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Memetik BH Online, Fakhrul berkata ianya perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

BACA: Fattah, Fazura Bakal Lancar Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’

“Terma persetujuan juga sudah direkodkan termasuklah nafkah edah, anak dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

“Hak penjagaan akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebab bukan bidang kuasa di Mahkamah Rendah,” katanya.

Sementara itu, Fattah Amin berkata Fazura mendapat hak jagaan ke atas Fatima, namun meluahkan rasa syukur dia berpeluang untuk bertemu dan bermalam dengan anaknya.

“Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama. Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah,” katanya.

SUMBER: BH Online

×