Semalam industri hiburan dikejutkan dengan berita pelakon Emma Maembong mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar secara baik dan sudah pun habis iddah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Emma mengucapkan terima kasih diatas doa serta mengatakan jodoh mereka hanya sampai disini sahaja.

BACA: Emma Maembong, Suami Sah Cerai, Sudah Habis Idah

Menurut Emma, dia tidak mahu mengumumkan mengenai perceraiannya itu kerana tidak mahu memanjangkan isu namun perlu memaklumkan bagi mengelakkan fitnah.

Sementara itu, Emma turut meminta semua pihak tidak memanjangkan berita perceraiannya itu apatah lagi hubungannya dengan suami baik-baik sahaja dan anak-anak adalah keutamaan mereka.

Dalam pada itu, Emma turut memohon agar diberikan ruang untuk membesarkan kedua-dua anak mereka serta mengucapkan terima kasih kerana memahami situasi mereka.

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

×