Pelakon Fattah Amin berkata dia sudah berusaha untuk memujuk bekas isterinya, Nur Fazura tetapi dihalang apabila panggilan tidak dijawab dan tidak dibenarkan masuk ke rumah.

Memetik Harian Metro, Fattah berkata pelbagai usaha sudah dibuat olehnya namun pelakon itu tetap mahu bercerai.

BACA: “2 Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Saya Harap Dia Pujuk Bersungguh-Sungguh”

“Boleh tengok WhatsApp dia. Minta dia tunjuk kalau berani. Saya juga sudah cuba hubunginya hampir setiap hari tapi tidak pernah diangkat. Mesej di WhatsApp juga susah dibalas,” katanya.

Sementara itu, Fattah mengaku masih menyayangi Fazura serta menyerahkan kepada takdir mengenai urusan jodoh di masa akan datang.

“Saya masih sayangkan dia sebagai insan yang pernah ada dalam hidup saya. Apapun kita tengok macam mana nanti. Soal pujuk ini takkan terjadi kalau sebelah pihak saja,” katanya.

Terdahulu, Fazura berkata dia kecewa apabila Fattah Amin tidak berusaha memujuk hatinya sebaliknya hanya menghantar mesej di WhatsApp sepanjang dua bulan tidak sebumbung.

SUMBER: Harian Metro

×