Pelakon Nur Fazura mendedahkan dia kecewa apabila Fattah Amin tidak berusaha memujuk hatinya sebaliknya hanya menghantar mesej di WhatsApp sepanjang dua bulan tidak sebumbung.

Memetik Kosmo, Fazura berkata bekas suaminya itu hanya mahu bersemuka selepas dia memfailkan permohonan cerai. Katanya lagi, dia mengakui mungkin marah namun berharap Fattah memujuknya.

BACA: “Kereta Yang Saya Belikan Itu Dia Bawa Naik Wanita Yang Haram Baginya” 

“Dah tak sebumbung dua bulan. Dalam tempoh itu pun saya mengharapkan suami datang memujuk. Bukan setakat Whatsapp mesej ‘selamat pagi’, ‘selamat malam’ dan ‘saya minta maaf’.

“Saya harapkan lebih daripada itu, datang ke rumah (jumpa) walaupun saya tengah marah. Sebagai isteri kadangkala kita mungkin marah, saya harap dia bersungguh pujuk, bukan mesej sahaja,” katanya.

Menurut Fazura lagi, dia turut berdoa agar Fattah datang bersungguh-sungguh untuk memujuknya bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

Tambah Fazura, Fattah ada datang untuk berjumpa dengan anak dan dia juga ada beberapa kali berkata dengan bekas suaminya itu tidak mahu berjumpa kerana hatinya remuk.

“Dia ada datang beberapa kali untuk jumpa anak, dia datang lagi sehari sebelum cerai untuk ambil pakaian dan ada dia datang pada hari saya failkan penceraian.

“Memang ada banyak kali juga saya cakap tak mahu jumpa. Tapi, dalam keadaan hati saya remuk, saya berdoa kepada Allah agar dia datang bersungguh-sungguh pujuk saya. Mungkin saya lembut hati waktu itu. Dalam dua bulan itu tak ada inisiatif yang benar-benar dia nak memujuk saya,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×