“Nampak Ketara Dia Pura-Purat Kuat Tapi Riak Muka Dia Sayu Je”

Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Fattah Amin dilihat tetap meneruskan pekerjaan seperti biasa apabila muncul untuk mempromosikan Pak Mat Western.

Sementara itu, tular video di TikTok memaparkan pelakon itu sedang menjalani penggambaran berkenaan. Kelihatan Fattah yang sedang duduk dilhat bangun sambil diiringi beberapa orang bodyguard.

BACA: “Ikutlah Resmi Padi, Pangkat & Kemasyhuran Tak Akan Kekal Lama”

@eydarosli1

Nampak ketara cara dia pura pura kuat tapi hati dia mewakili riak muka dia sayu ja tengok ? semoga allah satukan semula hati Fattah amin & Fazura ? #Peminat #pakmatwestern

? aku kuat tapi aku capek – Kezia•Acne Prone Skin Fighter

Menerusi video itu, pengguna yang memuat naik video berkenaan berkata wajah Fattah kelihatan sayu apatah lagi kini berdepan kemelut rumah tangga dengan isterinya, Fazura.

Kata individu lagi dapat dilihat wajah Fattah seolah pura-pura kuat tetapi hati dia tiada siapa tahu. Individu itu juga turut mendoakan agar Allah menyatukan semula hati Fattah dan Fazura.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji ketampanan Fattah meskipun hanya memakai selipar jepun ketika itu. Malah, ada yang mengatakan pernah berjumpa Fattah dan wajah aktor itu mulus.

×