Netizen Terpegun Dengan Kecantikan Anak Que Haidar, Tengku Ratu

Anak kepada pasangan  selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar sering menjadi perhatian ramai terutama kecantikan gadis itu.

Baru-baru ini, Ratu menjadi perhatian menerusi temu bual bersama majalah Remaja dimana gadis berusia 15 tahun itu menjadikan ibu bapanya sebagai contoh terbaik dalam hidupnya.

BACA: Anak Dara Que Haidar Dipuji Cantik

@remaja.my

“Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?” Sebagai puteri kepada ‘golden couple’ dunia hiburan tanah air yakni YM Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau Que Haidar serta Linda Jasmine Hashim, gadis yang bakal meniti usia 15 tahun ini pantas memancing perhatian dek penangan pengaruh ibu bapanya itu. Tengku Ratu Haidar kini bersedia untuk melakar sendiri hala tujunya dalam dunia seni. Berbekalkan semangat dan dedikasi yang tinggi bagi menyempurnakan skil tarian dan lakonannya, Ratu menggarap peluang keemasan untuk melibatkan diri dalam persembahan teater Musical Treasures, the Charity Musical bagi mengejar impian dalam dunia seni atas usahanya sendiri. ?SAKSIKAN video penuh di Youtube Majalah Remaja sekarang!! ? #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #TengkuRatuHaidar #quehaidar #lindajasmine

? original sound – Remaja – Remaja

“Saya tak ada role model tetapi saya ada ibu bapa dan mahu membuat mereka bangga,” katanya.

Dalam pada itu, Ratu berkata sejak kecil lagi dia melihat penglibatan dan kejayaan ibu bapanya dalam dunia seni.

“Semasa saya kecil saya selalu lihat ibu saya pergi ke Akademi Fantasia dan jarang berada di rumah.

“Saya tahu dua daripada filem bapa saya iaitu Rock Oo! dan juga Malek. Ayah saya dikenali menerusi filem Rock Oo! tetapi filem kegemaran saya adalah Malek kerana saya turut berlakon,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan gadis itu serta menyamakan seperti wajah model antarabangsa. Malah, ramai mengatakan Ratu seorang gadis beauty with brain serta merendah diri.

×