Personaliti televisyen, Hana Ismail meluahkan rasa syukur diberi kesempatan  meluangkan masa bersama suaminya, Da’i Syed yang dilepaskan sementara dengan jaminan selepas 21 hari dipenjara.

Memetik Utusan, Hana berkata dia mahu meluangkan masa bersama suaminya dan anak mereka selagi diberi kesempatan.

BACA: Da’i Syed Akui Gelap Hidup, Syukur Dapat Berdakwah Dalam Penjara

“Alhamdulillah syukur, sebenarnya manusia ini diberi pinjaman masa jadi saya nak habiskan masa sebaik mungkin bersama suami dan anak selagi boleh. Saya lega,” katanya.

Sementara itu, Hana turut bersyukur kerana banyak menerima sokongan berbanding kecaman sepanjang suaminya dipenjara.

“Alhamdulillah Allah maha baik, sebenarnya tak semua orang begitu (mengecam). Ramai juga orang di luar sana yang baik-baik dan prihatin dengan kami.

“Mungkin pada mereka kami tidak layak. Tetapi sebab ihsan kami tinggi dan berkelakuan baik dapat juga (sokongan),” katanya.

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan semula tarikh pengurusan kes pada 5 November depan atas dakwaan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, pada tahun 2020.

SUMBER: Utusan Online

×