Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan Datuk Red yang mengakui kini dalam proses menjalinkan hubungan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi.
Malah, Datuk Red berkata dia sudah pun bertemu dengan keluarga Adira dan merancang untuk berkahwin dengan bekas isterinya itu pada Aidilfitri tahun depan.
BACA: Datuk Red, Adira Rancang Kahwin Aidilfitri Tahun Depan
@adirasuhaimi.ami kalaw selama 9 tahun ami boleh tak melawan , ami boleh senyap.. tak kan sekarang ni tak boleh ? fahamkan yg tahu je tahu #ytjt #fyp #mentang2Amisenyap? #lali ambil la kesempatan selagi masih boleh .. ajak ramai ramai ??
Terbaru, perkongsian Adira di TikTok menjadi perhatian ramai apabila memuat naik status mengenai dirinya berdiam diri selama 9 tahun dan tidak melawan.
Menurut Adira lagi, hanya yang tahu sahaja yang tahu dan turut meninggalkan hashtag #ytjt #mentang2Amisenyap dan #lali.
Perkongsian Adira itu menimbulkan tanda tanya netizen mengenai status tersebut ditujukan pada siapa dan mengenai apa.
Diruangan komen, ada yang meminta Adira supaya terus positif dan ramai yang mengatakan mereka memberi sokongan buat penyanyi itu.