Penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia dan bekas suaminya, Datuk Red kini sedang dalam fasa menjalin hubungan serius selepas sah bercerai pada April lalu.

Memetik mStar Online, Adira berkata dia terbuka hati memberi peluang kedua buat Datuk Red selepas melihat usahanya serta kerana anak-anak mereka.

BACA: Adira Unfollow Bekas Suami Di Media Sosial, Nak Jaga Pandangan & Hati

“Saya pun tak nak menipu lagi, sekarang ini saya sedang membuka peluang kepada Datuk Red. Sebenarnya anak-anak pun menjadi salah satu sebab, tapi Datuk Red juga menunjukkan usahanya.

“Tak tahu macam mana terjadi sebab kami fokus kepada perniagaan…orang kata sambil menyelam minum air,” katanya.

Sementara itu, Adira berkata dia tidak mahu terburu-buru untuk kembali bersatu dan mahu Datuk Red mengejar impiannya dahulu. Malah, Adira tidak menyangkal dakwaan bakal disatukan pada Hari Raya akan datang.

“Saya nak bagi dia kejar cita-cita dan betulkan apa-apa yang patut dulu. Kembali bersatu (kahwin) dalam perancangan lagi dan kami pun ada berbincang mengenai perkara ini. 

“Kami bukan muda lagi nak sorok-sorok berita gembira ini. Tapi saya tak harap lebih-lebih hanya follow the flow,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×