Syamsul Yusof Melawat Dusun Durian, Netizen Nasihat Ziarah Ibu Bapa

Lama tak dengar cerita tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Baru-baru ini Syamsul ada berkongsi aktiviti hariannya dengan memuat naik video ketika berada di sebuah dusun durian.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Syamsul sedang melawat sebuah dusun dipercayai miliknya dan dapat dilihat hasil tanaman seperti pokok durian, pisang dan cili.

BACA: Yusof Haslam, Patimah Reda Jika Syamsul Tak Mahu Lagi Balik Rumah

@syamsulyusoffilm

Melawat ladang..mudah mudahan Allah izin. #MusangKing #PresidentFarm

? bunyi asal – syamsulyusoffilm – syamsulyusoffilm

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Syamsul kerana tidak hanya bergantung kepada hasil karya seni tetapi juga dalam pertanian.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen menasihati pengarah tersebut supaya pulang menziarahi ibu bapanya apatah lagi mereka kini sudah tua.

×