Selebriti dan usahawan popular, Neelofa memberitahu dia malas untuk membuat konten memasak kerana ada segelintir netizen suka mengkritik cara masakan dan bahan yang digunakan olehnya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa berkata dia ada memuat naik video menyediakan makanan buat anak keduanya, Abadullah Abbad namun dia akan memadam semua komen negatif netizen.
BACA: “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It” – Neelofa Selesa ‘Blur’ Muka Anak
“Baru je muat naik video masak ni, macam-macam komen pasal madu lah, maple syrup, butter banyaklah, anak bawah setahun tak boleh blablabla padahal Abbas dah setahun lebih.
“So komen mak cik bawang ini la yang membuatkan saya malas nak buat konten masak-masak ni sebab semua terpaling betul. Jadi yang mana nak komen cara masak dan bahan masak, saya akan delete sebab sakit mata,” tulisnya.