“Saya Yakin Nonny Ada Sebab Muat Naik Video itu” – Mila Jirin

Usahawan Mila Jirin berkata dia beranggapan rakan baiknya yang juga pelakon Nonny Nadirah ada sebab memuat naik video membuka baju dan membotakkan kepala di media sosial semalam.

Memetik Astro Gempak, Mila berkata dia baru saja berhubung dengan Nonny berapa jam lalu dan rakannya itu dalam keadaan baik sahaja.

BACA: Nonny Nadirah Kongsi Video Buka Baju, Botakkan Kepala

“Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

“Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video tersebut. Kali terakhir saya berhubung dengan Nonny beberapa jam lepas, she is good and she is happy,” katanya.

Dalam pada itu, Mila berkata dia sempat berkongsi idea dan memberikan kata-kata semangat kepada Nonny yang sedang menjalankan perniagaan atas talian.

““Nonny juga sempat mempromosikan dan berkongai pendapat tentang perniagaan online dia ‘Mataheart’ Mist Spray untuk fabrik dan rambut.

“Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan online yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×