Ruhainies Nafi Tanggung Biawak Hidup

Pelakon sensasi Ruhainies menyifatkan dakwaan kononnya dia menanggung kehidupan Aliff Aziz selepas bercerai dengan Bella Astillah adalah tidak benar sama sekali.

Memetik Kosmo, Ruhainies berkata dakwaan itu adalah satu fitnah berat dan mendakwa Aliff ada simpanan mencukupi untuk menanggung kehidupannya sendiri.

BACA: “Tiada Apa Yang Boleh Halang Kami Berhubung” – Aliff Aziz

“Ini fitnah yang sangat-sangat berat dan benda itu sudah tentu tidak benar. Selama ini Aliff punya tawaran berturut-turut, takkanlah duit dia cepat habis atau sudah habis,” katanya.

Sementara tu, Ruhainies menjawab pertanyaan mengenai kariernya selepas kontroversi tersebut dimana dia masih mempunyai pekerjaan dan ditawarkan berlakon.

“Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tak mahu kongsi dulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia memilih untuk berehat terlebih dahulu daripada sebarang tawaran dan menggunakan wang simpanan yang ada.

“Alhamdulillah saya masih ada simpanan saya yang sebelum ini dengan tawaran yang ada. Masih ada (duit) dan doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×