Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan dia tidak pernah bersama bapa kandung sejak kecil lagi sehingga sekarang.
Menerusi satu podcast, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen berkata ibunya adalah segalanya termasuk memegang tanggungjawab sebagai ayah dalam keluarga.
BACA: “Nak Buat Macam Mana Makanan Malaysia Sedap Sangat, Okaylah Nanti Cik B Diet”
@affendyjailani #cikb #cikbhavoc #fyp #bukakmulut #foryou #fyp??viral #malaysiatiktok #tiktokmalaysia #foryoupage #fypage
“Mama ini, dia pegang tanggungjawab sebagai ayah dalam keluarga saya… jadi mama ini adalah saya punya ayah, emak, kakak, bestie. Memang saya anggap emak saya semua la. Termasuklah sebagai ayah saya,” katanya.
Sementara itu, Cik B mendedahkan dia juga tiada rasa rindu terhadap bapa kandungnya malah trauma dengan bapanya serta insan bergelar lelaki.
“Saya rasa biasa saja macam itu, tak ada perasaan rindu semua. Trauma dengan dia… trauma dengan lelaki,” katanya.
Dalam pada itu, Cik B mengakui bapanya pernah beberapa kali cuba menghubunginya menerusi direct message (DM) di Instagram tetapi tiada perbualan antara mereka.
“Saya tak bersama ayah sejak kecil lagi, daripada dua ke tiga tahun macam itu. Jumpa dia pun macam meminta. Tak berhubung, dia ada DM saya di Instagram tapi saya rasa macam orang-orang akan cakap, dia tetap ayah kita, ya betul dia tetap ayah kita. Tapi tak ada perbualan antara kami… waktu besar baru dia cari,” katanya.
SUMBER: mStar Online