“Semoga Nora Danish Dapat Jodoh Yang Beriman” – Netizen

Lebih seminggu bercerai, perkongsian pelakon Nora Danish menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan mengimpikan suami yang mampu membimbingnya ke jalan diredhai Allah.

Menerusi perkongsian itu, Nora berkongsikan video kisah seorang suami yang mahu isterinya taat dengan perintah Tuhan dengan mendirikan solat.

BACA: Nedim Masuk ICU, Nora Danish Titip Doa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Bagaimananapun, Nora tidak menulis kapsyen pada perkongsian itu sebaliknya hanya meletakkan emoji berbentuk hati berwarna hitam dan putih.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen positif serta mengatakan seorang isteri memerlukan suami yang boleh membimbing isteri ke arah lebih baik.

Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.

×