Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai konten dibuat seorang pempengaruh muslimah menimbulkan rasa kurang netizen sehingga mendapat pelbagai reaksi ramai termasuk pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi perkongsian terbaru, influencer dikenali sebagai Fatin Nabila itu membuat permohonan maaf susulan videonya itu serta mengatakan banyak dia belajar daripada isu berkenaan.
@fatinnnabila1 Bismillah.
? original sound – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin
Fatin turut menjelaskan video itu hanya untuk menyampaikan mesej untuk tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain. Fatin juga mengakui kekhilafannya cara yang digunakannya tidak sesuai bagi wanita Muslim.
“Dengan izin Allah, saya nak maklumkan bahawa niat saya buat video itu cuma satu saja iaitu saya nak sampaikan mesej supaya jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain.
“Namun saya sedar, penyampaian saya dalam mesej itu agak salah dan tidak sesuai dari segi suara dan muka yang betul-betul dekat dengan skrin.
“Jadi dengan rendah dirinya, saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan dan banyak sangat yang saya belajar daripada isu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Fatin berkata dia akan lebih berhati-hati dalam memuat naik konten selepas ini dan akan menghasilkan video yang lebih berkualiti di masa akan datang.
“Untuk akan datang saya akan hasilkan kualiti video yang lebih baik dan sesuai. Banyak sangat yang saya belajar daripada kejadian ini. Sebagai seorang muslim, saya akan lebih teliti dalam proses sebelum memuat naik sebarang video di media sosial, insya-Allah.
“Terima kasih saya ucapkan atas segala komen yang positif mahupun negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara. Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan asatizah dan korang semua,” katanya.